BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

MeNyUkAi TaK SeMeStInYa MeNyAyAnGi TapI...

Yeah...dalam dok mengelamun depan meja tiba tiba terasa nak tulis sesuatu kat sini...aku terfikir sesuatu...mungkin lepas nih aku tukar blog aku dari pearl apple jadi blog cinta...hahahaha...ok aku gedik...never mind...nih hanyalah set induksi sahaja..tak masuk lagi perkembangan penulisan...kuikuikui...

Rentetan penulisannya macam nih...masa dok online fb tiba tiba ada member buat status MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI..

yeah...that's rite sememangnya mencintai tak semestinya memiliki...jadi jangan bersedih sebab setiap yang kita cintai itu bukanlah sesuatu yang sememangnya layak, sesuai atau baik untuk kita...sifat manusia memang suka benda benda yang belum tentu yang terbaek untuknya...

Dan...menyayangi juga tak semestinya mencintai...sejauh mana kita menyayangi seseorang belum tentu hati kita mencintainya sepenuh jiwa raga...tapi....sayang yang ditabur dengan baja..Insya ALLAH akan membuahkan cinta...cuma benda macam nih take time sikit lar..jadi sila lah sayangi seseorang itu sesungguh hati..tak salah untuk mencuba dan memberi peluang kan.

Ermmm...standard okeh...kita cepat sangat suka kat orang...dan kita suka dia atas satu sebab SAHAJA pun boleh jadi jugak okeh...contohnya..kita suka sebab dia caring, kita suka sebab rupa dia ensem a.k.a jambu atau cantek, kita suka sebab dia punya senyuman menarik hati, kita suka sebab dia sporting, kita suka sebab dia kaya a.k.a ada harta...macam macam sebab kita boleh suka seseorang okeh...sebab hati kita boleh berubah dan tertarik dengan apa apa sahaja dan bila bila sahaja...tapi, akan sampai masa tibanya waktu...DIA BUKAN LAGI KESUKAAN KITA...like seriously okeh...jadi jangan bimbang kalo anda suka sangat sangat pada seseorang kerana menyukai tak semestinya menyayangi...hihihi..

Last but not least...semua perkara di atas iaitu bermula dengan suka, sayang, cinta dan memiliki itu bermula dengan sebuah perasaan yang dinamakan keselesaan...yeah...bila kita selesa dengan seseorang...secara tak langsung kita tanpa sedar akan mengalami perkara perkara di atas. Yeah, kita selesa dengan dia sebab tuh kita suka dia...kalo kita tak selesa..nak tengok dia pun kita menyampah...

p.s = aku sedang belajar untuk mencintai orang yang menyayangi dan mencintai aku...juga belajar untuk mengurangkan rasa keterujaan bila bertemu dengan orang yang pernah aku sukai, aku terujai, aku gilai, aku syok sendiri satu ketika dahulu....WAHAI DAGING YANG BERNAMA HATI...setialah engkau pada yang satu...cintai lah beliau kerana YANG SATU...izinkan aku mencintainya sepenuh hatiku kerana YANG SATU...

Sunday, October 30, 2011

LiRiK BeRdUa BeRsAtU - ReLeVaN KaH?

Salam semua~~sobsob~~mood malas nak study sudah kembali menyerang...ok titik! Tak mau ler cakap pasal study-study nih..apa barang nak cerita pasal study kat blog aku kan..hehehe~~(poyo)..padahal semua orang dok buat pelik, apsal ler aku tak balik cuti deepavali hari tuh..ye lar buat apa nak balik, bukan aku yang sambut deepavali ok..hahah~~haishh..aku rasa tak lama lagi muncul lar stalker + orang yang bakal menpsikokan aku yang mudah terpsiko di musim-musim exam nih...cess~~geram betol aku bagi sapa-sapa yang kaki psiko nih..menyampah kot aku..erkk~~astafirullah..

Ok..the main point yang aku nak cakap hari nih, pasal lirik lagu yang tengah top sekarang nih. Ok..aku tak nafikan, lagu Berdua Bersatu memang lagu yang menjadi halwa telinga aku lah sejak dua menjak nih..memang aku minat lah lagu nih..well..mungkin sebab lagu nih ala-ala macam lagu KRU yang dulu-dulu tuh kan..Forteen nih pulak memang di bawah KRU..of cos lah lagu pun macam KRU jugak..heheh~~tapi sejak dok sorang-sorang dalam bilik nih (sekarang rumet dah balik maktab) membuatkan aku terfikir tentang lirik lagu Berdua Bersatu nih.

Macam semua sedia maklum, aku memang jenis yang suka hayati lirik lagu terlebih dahulu sebelum nak minat sesebuah lagu tuh. Ok, bila aku hayati lirik nya..bait-bait lirik lagunya (betol ke?) serius, baru aku tersedar yang sekarang nih lirik macam nih dah tak relevan kalau nak dipraktikkan di dunia sekarang..ayat mudah - nak aplikasi dalam hidup orang bercinta..serius aku rasa macam tuh!! kalo lagu nih nak buat halwa telinga buleh laaa, tapi kalo hampa nak praktik dalam hidop berkapel hampa..sila lupakan saja niat di hati tuh..

Bukan nak cakap aku menentang cinta or kapel..tak...aku suka jer cinta..aku suka semua berkaitan dengan hati dan perasaan nih..ambek kau...cuma aku terfikir, dengan macam-macam gejala sosial yang dah berlaku sekarang..aku rasa benda macam nih dah tak buleh digunapakai lagi dah...Why? yeah..aku memang sangat-sangat tak percaya yang kat dunia macam sekarang nih ada lagi laki macam tuh, sama lah dengan perempuan pun..macam lirik di bawah ------>

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

p/s : tiba-tiba terkenang zaman masa tengah berkaseh sayang dulu, entah lar..ada sweet memories..ada yang bad memories..tapi of cos aku ingat yang sweet-sweet jah..muahahah

Sunday, June 26, 2011

SuKa..CiNtA..SaYaNg..MiNaT..aku konpius~~

Ermmm...tiba-tiba hati nih excited sangat nak cakap pasal menda alah nih..aku terfikir suka, minat, cinta dan sayang tuh apa yang membezakan semua tuh? Aku jugak terfikir, aku nih pernah ke betol-betol jatuh cinta especially cinta pandang pertama yang orang selalu dok cakap-cakap tuh. Aku sangat konpius sampai aku terfikir, aku nih sebenarnya macam mana? Maksud aku, bila hati aku dah tertarik pada someone tuh, tuh maksudnya aku nih dah suka ke..minat ke..or sayang kat dia tuh? Tapi yang aku dapat pastikan hati aku nih, aku cepat sangat teruja tengok someone tuh bila ada something yang boleh buat aku tertarik bila aku tengok wajah dia...YES...aku memang pandang paras rupa sikit..sikit je..tak banyak pun ok..=)

Selalunya, aku suka lelaki yang jambu sikit..kulit cerah gitu..tapi part yang aku suka sekali part mata dorang...most of guys yang selalu dok buat aku syok sorang-sorang nih sebab aku teruja tengok mata depa...sangat suka..sangat cumel..bulu mata tuh lentik jer. Tak pun muka dorang tuh jambu jer. Hahahahaha...aku memang dah gila lar bila jumpa laki begitu..sampai setiap hari aku rasa best jer kalau dapat jumpa dorang..rasa macam hidup nih bahagia jer..kadang-kadang terasa macam setiap apa-apa jer yang aku buat tuh...selalu bertujuan untuk nak tarik perhatian dorang...waaaaahhh..mimpi je larr...padahal aku tak pernah pun berani nak buat macam tuh..hahahah. Sebab apa ea aku tak berani?

Sebabnya aku tak pernah ada keyakinan yang aku mampu nak tarik perhatian dorang. Yes..lelaki especially yang ada rupa memang demand tuh dapat perempuan yang juga ada rupa..bukan dorang jer..boleh dikatakan majoriti makhluk yang bergelar manusia nih, sangat memandang pada paras rupa kan? Macam aku, aku sendiri pun pandang jugak paras rupa nih..tapi normal lar, taste aku tak dak lar sama macam taste orang lain kan. Lagi satu, suka macam mana pun aku kat dia, aku tak pernah lar nak mention or buat isyarat yang aku suka dia. Cuma pernah lar dulu, masa aku gila gatal excited suka kat someone tuh, aku asyek cakap pasal dia je...cuma sekarang nih aku niat nak simpan dalam hati jer...hahahah...tak nak dah cerita pasal orang yang aku suka nih.

Lagi lawak kalau bila aku suka Si A, pastu bila aku terasa Si B nih sangat lar menarik perhatian aku. Secara tak langsung terus aku dah tak suka kat Si A nih, aku pun meneruskan niat untuk menyukai Si B plak. Kalau dulu lagi teruk, katakan lar aku dah boleh bercakap dengan orang yang aku minat kan, konfem lepas tuh hilang terus minat aku kat dia. Aku pun dah tak berapa kisah sangat pasal dia.hahaah~~bengong~~gila gatal aku..tapi aku suka dan minat mereka semua dalam diam jer ok..tak daknya aku nak mainkan depa ke apa ke..bagi aku, main perasaan orang nih tak elok...kalau kita tak suka orang maenkan kita, kita jangan lar nak maenkan orang. Biar kita suka orang dalam diam dari kita nak mainkan orang terang lagi bersuluh...aku pulak bukan jenis yang reti nak maenkan orang..hesh.stress jugak tak reti nak kapel lebih dari satu pada satu-satu masa nih.kan-kan?hahahah~~

Teringat masa sekolah rendah dulu, nak kata gatalnya aku dan kawan-kawan yang laen nih. Kitorang siap buat senarai ciri-ciri lelaki idaman. I mean, bakal suami lar...bayangkan, padahal masa tuh aku baru jer Tahun 6 ok! Kecik lagi...tak matured lagi...Otak tuh fikir macam-macam bajet macam dah besar lar kan..hahahah~~kalau tak silap aku lar, antara ciri-ciri tuh..pandai main bola sepak,minat bola sepak, peramah, handsome, suka senyum, kelakar..yang lain aku tak berapa ingat dah...sebenarnya..aku nih memang minat bola dari kecik lagi. That's why lar, ciri-ciri lelaki idaman aku masa tuh dipengaruhi oleh minat aku jugak...hahahah~~ngeng betol lar kan...

Kesimpulannya kat sini~~aku nih belum lagi jumpa SAYANG dan CINTA tapi aku selalu bertemu dengan SUKA dan MINAT..Jadi...aku sendiri wonder, apa pasal lar aku nih cepat sangat jatuh SUKA dan MINAT pada insan-insan yang bergelar lelaki nih ea? =) kena jaga mata lar lepas nih..kurangkan dok ngusha guys~~tapi, alang-alang tengah single nih..apa salahnya kan..hahaha

Related Posts with Thumbnails