Blink blink...lama sangat dah aku tak update blog aku nih...huk3...sorry ler..bukan sengaja, aku sibuk sikit dok ulang alik dari rumah sendiri ke kampung halaman...bukan apa..tok aku tinggal sorang jer jadi tak dak sapa nak teman so aku lah dengan rela hati jadi peneman nya...ok no more mengarut story..
Malam nih aku nak story fasal member aku yang sekarang dah jadi jurutera di salah sebuah syarikat yang terletak di PAHANG...woww~~hebat lah kawan aku nih..nih orang kata rezeki...dia gadis biasa jer...tak sempat pun nak jadi penganggur janji pandai manfaatkan peluang...haaa~~just nice weh, lepas keluar terus dapat kerja...
Dia ada cerita kat aku, senior dia suggest dia kat company..untung badan you~~semua company tanggung..dari makan, tempat tinggal, transport dan duet topup jugak~~ =) kerja 10 hari kemudian cuti 4 hari dan begitulah seterusnya dan seterusnya...=)
Semalam aku jumpa dia...woah~~ gila best...tapi ayat dia kat aku, sebenarnya lagi syok study dari kerja...padahal aku nih dah membuak buak nak kerja..haahaa...dah lar dia bagitau kat aku gaji dia dah masuk nih...ceit...aku ingat dia nak belanja..tapi tak sempat pulak sebab esoknya dia dah kena balik PAHANG...
Dia pernah cakap kat aku...dia nih kerja tapi takdak life...aku tanya apsal pulak? Dia pun cakap lar...pergi kerja pukul 6.45 pagi kemudian balik pukul 7 ptg baru sampai rumah...heuheuheu~~ anyway, pada aku...kelas kau JAH..janji gaji masyuk~~ hahaha...ada aku kesah~~ heeheehehee...
Bila sembang dengan member semaktab, dia pun cakap kat aku...pro and cons nya...dan aku pun...terfikir, terfikir dan terfikir~~ =)
Showing posts with label cara hidup. Show all posts
Showing posts with label cara hidup. Show all posts
Wednesday, December 26, 2012
~JeLeS~
Posted by pearl apple at 8:56 PM 0 comments
Labels: admirer, bahagia, cara hidup, classmate, gembira, ini yam punya suara hati
Sunday, October 14, 2012
TaKe WhAt SoMeOnE sAyS wItH a pInCh oF SaLt
I have nothing to say...just speechless..with unexpected situation..bila benda yang pernah kita terfikir satu ketika dahulu...akhirnya berlaku...dah tentu kita akan mengambil masa untuk berfikir bukan hanya sejenak..tetapi berjenak jenak...why...sebab satu ketika dahulu kita pernah membuat agakan tentang perkara tersebut...
Aku pulak jenis insan yang suka berfikir dan sentiasa terfikir...jadi..sudah tentu lah aku ambek serius sikit kan..hahahaha...LEKEH nya saya berfikir benda benda yang entah apa apa nih...euwww...aku tau..aku bukanlah seorang yang baik..yang sempurna...aku bukan seorang yang disenangi...but...kalo tak senang dengan aku..luahkan jer...aku okeh...walaupun hakikat nya aku susah nak terima...tapi aku lagi selesa kalo direct terus bagitau aku..
Jangan sampai simpan dalam hati...then tunjuk muka masam...or..buat baik a.k.a tunjuk baik depan aku..belakang aku bukan main maki aku lagi...ditambah dengan menyatakan ketidakpuasan hati tentang diri aku terhadap orang lain...wowowowowow.....i hate it...tak suka situasi tersebut...nanti aku terluka..erkk...hati aku terluka..oppss...aku tak maksudkan orang lain tak buleh nak lukakan hati aku..maksud aku..mari sama sama kita tidak melukakan hati masing masing...
Memang aku banyak sangat kekurangan..tapi sila lah tegur secara berhemah..sebab..tiada sebab untuk aku marah orang yang tegur kesilapan a.k.a kesalahan aku...
p.s ... bukan classmate aku okeh...jangan ada yang terasa pulak... bila kita ramai kawan..kita kena lebihkan rasa insecure..hehehe...rambut sama hitam..hati...haaa...lain lain broo..
Posted by pearl apple at 3:57 PM 1 comments
Labels: bahagia, cacian, cara hidup, classmate, dunia, emosi, gatal. gedik, gembira, hina, hipokrit, ini yam punya suara hati, kawan, kecewa, konfius, kutukan, sabar, sahabat
Saturday, October 13, 2012
MeNyUkAi TaK SeMeStInYa MeNyAyAnGi TapI...
Yeah...dalam dok mengelamun depan meja tiba tiba terasa nak tulis sesuatu kat sini...aku terfikir sesuatu...mungkin lepas nih aku tukar blog aku dari pearl apple jadi blog cinta...hahahaha...ok aku gedik...never mind...nih hanyalah set induksi sahaja..tak masuk lagi perkembangan penulisan...kuikuikui...
Rentetan penulisannya macam nih...masa dok online fb tiba tiba ada member buat status MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI..
yeah...that's rite sememangnya mencintai tak semestinya memiliki...jadi jangan bersedih sebab setiap yang kita cintai itu bukanlah sesuatu yang sememangnya layak, sesuai atau baik untuk kita...sifat manusia memang suka benda benda yang belum tentu yang terbaek untuknya...
Dan...menyayangi juga tak semestinya mencintai...sejauh mana kita menyayangi seseorang belum tentu hati kita mencintainya sepenuh jiwa raga...tapi....sayang yang ditabur dengan baja..Insya ALLAH akan membuahkan cinta...cuma benda macam nih take time sikit lar..jadi sila lah sayangi seseorang itu sesungguh hati..tak salah untuk mencuba dan memberi peluang kan.
Ermmm...standard okeh...kita cepat sangat suka kat orang...dan kita suka dia atas satu sebab SAHAJA pun boleh jadi jugak okeh...contohnya..kita suka sebab dia caring, kita suka sebab rupa dia ensem a.k.a jambu atau cantek, kita suka sebab dia punya senyuman menarik hati, kita suka sebab dia sporting, kita suka sebab dia kaya a.k.a ada harta...macam macam sebab kita boleh suka seseorang okeh...sebab hati kita boleh berubah dan tertarik dengan apa apa sahaja dan bila bila sahaja...tapi, akan sampai masa tibanya waktu...DIA BUKAN LAGI KESUKAAN KITA...like seriously okeh...jadi jangan bimbang kalo anda suka sangat sangat pada seseorang kerana menyukai tak semestinya menyayangi...hihihi..
Last but not least...semua perkara di atas iaitu bermula dengan suka, sayang, cinta dan memiliki itu bermula dengan sebuah perasaan yang dinamakan keselesaan...yeah...bila kita selesa dengan seseorang...secara tak langsung kita tanpa sedar akan mengalami perkara perkara di atas. Yeah, kita selesa dengan dia sebab tuh kita suka dia...kalo kita tak selesa..nak tengok dia pun kita menyampah...
p.s = aku sedang belajar untuk mencintai orang yang menyayangi dan mencintai aku...juga belajar untuk mengurangkan rasa keterujaan bila bertemu dengan orang yang pernah aku sukai, aku terujai, aku gilai, aku syok sendiri satu ketika dahulu....WAHAI DAGING YANG BERNAMA HATI...setialah engkau pada yang satu...cintai lah beliau kerana YANG SATU...izinkan aku mencintainya sepenuh hatiku kerana YANG SATU...
Posted by pearl apple at 3:47 PM 2 comments
Labels: bahagia, cara hidup, cinta, couple, emosi, gatal. gedik, gembira, hebat, hijrah, ini yam punya suara hati, jiwa kacau, jodoh, minat, motivasi, perasan bagus, playheart, sayang, sayang awak, subjektif
Thursday, December 23, 2010
AnDa PuLa BaGaiMaNa?
Taun nih last aku nak nikmati sweet 20, erkk..wujud ke sweet 20? ah..tak kesah lar, peduli hapa aku..heehehe...eh, aku peduli kot, masuk 21 taun depan kira dah tua tuh. OMG da tua rupanya...lalalala~~ok sembang pagi nih bukan nak cakap pasal muda ke tua ke, tapi aku nak cakap pasal persepsi. Hah? Persepsi? ke Pepsi? Yerk, aku nak cakap pasal persepsi orang kita nih tentang pelajar-pelajar sekolah agama.
Hah? sekolah agama? apa pasal pulak nak cakap pasal menda alah nih? Haa...ni bukan benda alah yer, tapi pasal sejauh mana kita berfikir dengan cara ilmiah tentang perkara nih. Sepanjang 20 taun hidup, 16 belas (start dari tadika nih beb) taun masuk tempat belajar, apa yang aku dapat buat konklusi nih, pantang jer budak sekolah agama buat silap, ada masalah sosial dan sebagainya. Mula lar ada yang nak bukak mulut cakap pasal keburukan budak sekolah agama ni.
Berpeganglah pada Al-quran dan As-sunnah..patutnya semua pelajar ISLAm kena belajar subjek Pen. Al-Quran dan As-Sunnah dan subjek Pen. Syariah Islamiah tau.Ada dua sebab yang membuatkan budak-budak nih masuk sekolah agama, yang pertama memang dia sendiri nak masuk sekolah nih, dan sebaliknya bila mak ayah dia yang paksa masuk sekolah agama sedangkan dia tak pernah pun terfikir nak ke sana. Kalau kes yang pertama, insya ALLAH dia selamat, kalau yang kedua nih, susah lar..peratus dia nak jadi baek macam parent dia nak 50-50 lar. Sebabnya..remaja nih, naluri dia nih jenis yang kuat memberontak, so perlu cara yang lembut tuk didik dia.
Bila ada yang memberontak macam nih lar yang akan rosak nama budak sekolah agama nih. bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Haaa..yang macam nih lar yang buleh buat orang sakit kepala. Pada aku, hang dok sekolah mana pun sama ja. Yang berbeza cara pelajar tuh sendiri terima apa yang dipelajari tentang perihal agama. Pendidikan di rumah tuh penting. Dalam Islam tuh dah menggariskan bila si anak berumur 7 taun dah kena ajar cara solat, masuk 10 taun kalau dia tak nak solat buleh pukul tapi tak menyakitkan lar kan.
So, hang dok sekolah mana pun agama tuh jangan lar dok buat lupa. Kalau agama hang tuh ISLAM sila lar ikut apa yang ISLAm dah gariskan. Apa yang agama kita larang tuh, bersebab..tak pernah tak dak sebab setiap apa yang dilarang oleh ALLAH ok. Hang dok sekolah harian biasa ka, sbp ka, sbpa ka, sekolah mrsm ka atau sekolah agama ka yang penting pegang agama betol-betol jangan lar dok buat mudah. Bila semua remaja ISLAM dah terdidik macam nih, aku rasa tak kan timbul masalah sosial yang dah berleluasa macam sekarang nih.
Kalau sejak kecik kita tekankan nilai-nilai ISLAM nih, alhamdulillah, tak dak dah kita nak pening macam lar, dok pikir cara-cara nak selesaikan masalah sosial yang dah berlaku sekarang. So, ibu bapa, sila lar didik anak-anak anda sejak kecik supaya depa dapat ikut garis panduan ISLAM dalam hidup depa tuh. Aku nak petik lar kata-kata DR DANIEL yang selalu ada kat rancangan HALAQAH tuh, kalau orang tuh pandai macam mana pun, tapi tak seiring dengan ilmu agama, maknanya dia tuh bagaikan debu pasir yang kecik tuh. Sebab apa...sebabnya, orang yang cerdik, dan berjaya nih tanpa agama maka rugi lar orang tuh, sia-sia saja hidup di dunia nih.
p/s: didiklah anak-anak tuh ikut zaman mereka dan berpeganglah pada al-quran dan as-sunnah..nih hadis Rasulullah..
Posted by pearl apple at 12:15 AM 0 comments
Labels: cara hidup, dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)