Salam semua~~ masih lagi belum terlambat untuk aku wish kan selamat tahun baru cina buat semua rakyat Malaysia...why to all Malaysian? Sebabnya...kan konon-kononnya kita nih Satu Malaysia? Okee~~ fullstop~~ malas aku nak cakap pasal propaganda politik ini semua.
Ermmm~~ sepanjang 4 minggu aku berpraktikum nih macam-macam sangat perkara yang berlaku sehingga mengganggu gugat kebahagian aku..antaranya ialah kemalangan yang menimpa aku sehingga mengakibatkan aku buntu dan hilang punca a.k.a tenggelam punca..mana tidaknya kami serumah hanya mempunyai sebuah kereta sahaja...itulah satu-satunya pengangkutan utama kami untuk ke mana-mana.
Alhamdulillah...walaupun aku dan rakan-rakan ditimpa bencana yang maha hebat ini, namun ALLAH masih menyayangi kami semua...sesusah macam mana pun mesti ada hamba ALLAH yang sentiasa datang untuk bertanya khabar dan menghulur bantuan...malu memang malu...tapi inilah satu-satunya jalan yang kami mampu cari...sementara nak tunggu kereta aku pulih sepenuhnya...
Masa nih lar...aku baru nampak...siapa yang betul-betul mampu membantu aku dan rakan-rakan seadanya...aku memang tak berniat nak susahkan sesiapa...tapi sekurang-kurangnya tolonglah fahami aku dan rakan-rakan yang serba kekurangan ini. Tolonglah~~
Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan buat rakan-rakan yang aku sendiri tak pernah jangka akan tolong dengan hati yang terbuka.... Terima kasih buat semua housemate yang sentiasa bergenang dan berlinang air mata sambil tabah bersama-sama...Terima kasih juga buat rakan praktikum satu sekolah yang sangat-sangat-sangat membantu...(Mr Sweet dan Mr Azad) sanggup bersusah payah demi aku dan Cik Yusra..anyway~~ kenangan dibuka pintu kereta dan ditutup oleh lelaki...so gentleman~~huhu...i like...kena ingat sampai mati...^-^ suuuukaaaa...
TERIMA KASIH SEMUA...SEMOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA-SAMA ANDA DI KALA ANDA SUSAH DAN SENANG~~ =)
0 comments:
Post a Comment