Sekilas rasa di hati~~ psssttt~~nukilan dari laptop Cik Rumet..=)
Yeah..aku insan biasa, kerap melakukan kesilapan dan kesalahan...kiranya banyak jugak kekhilafan diri aku yang serba hina dina nih...paling aku selalu buat silap bila aku pernah berjanji sesuatu pada seseorang lepas tuh aku teruih lupa..bianeeyoo kepada orang yang berkenaan.. =)
Yeah...tak dapat dinafikan, aku bukanlah insan yang penyabar..yang mampu bertahan dengan pelbagai kerenah manusia yang aku temui...serius..yang nih memang kenyataan...kalo aku marah..aku luah..kalo aku tak puas hati..aku lepas..=) maafkan aku...namun..akan aku usahakan..untuk memupuk sifat sabar ini, mungkin ianya mampu menjadikan aku seorang bakal guru yang terbaek..=)
Yeah...teringin jugak aku nak menjadi pendamping buat si bakal suami yang mampu membimbing aku ke syurga bersama-samanya...sejuk hati aku bila dapat tengok pemuda-pemuda yang sentiasa bijak dalam menjaga diri + pergaulan mereka..perwatakan mereka..tingkah laku mereka...serius dah jatuh hati..=)
Yeah...sangat aku terasa jahil, malu, gedik..dengan perwatakan dan tingkah laku ku ini...sangat tidak matang dan tidak pandai menjaga diri..paling tak buleh blah bila aku selalu bergurau kasar or gurauan yang tidak sesuai + tidak wajar diutarakan oleh aku selaku anak gadis...sungguhku berasa malu dengan diriku sendiri...semoga aku mampu memadam semula segala perlakuan tersebut..Wahai Tuhanku..pimpinlah aku kembali ke jalan-Mu..=)
Dari fesbuk...berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaik-baiknya...=)
0 comments:
Post a Comment