BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, October 17, 2011

..JaNgAn EmO dEnGaN sAyA, BuLeH?

Ermmm~~laporan untuk mood pada hari ini..=) mood aku sangat ok ler..tak dak ler nak moody or nak marah-marah. Pagi nih siap buleh maen tiga empat jenis game lagi..start dari main bola beracun, musang + ayam, takraw, tenis kemudian patah balik main takraw. Hari nih baru aku dapat tau yang aku tak pandai main takraw...sobsob~~tenis aku buleh gagah ler...macam pro gitu..muahahah~~nak bajet poyo kejap! Rupanya masa tengah main tuh ada ler suara-suara halus + mata-mata yang memandang..walaupun aku tak terer maen, tapi aku tak de lar nak memalukan diri sendiri kan..hihihi..

Semua di atas merupakan intro untuk hari nih jer ye...ok, hari nih aku nak mempersoalkan kenapa lelaki suka merajuk + suka buat muka emo bila berdepan dengan aku. Serius aku sangat tak suka lelaki yang suka buat muka emo dengan aku + suka merajuk. Apekah aku nih mulut laser sangat sampai selalu buat mereka tertacing tanpa disengajakan? Atau apekah ke'emo'an mereka yang membuatkan mereka sendiri tidak terkawal sehingga menyebabkan mereka stress + nak lepas amarah pada orang lain?

Aku bukan tak suka macam mana...tak kesah ler kau kawan lelaki or kau kawan perempuan aku, tapi aku nak cakap terus terang yang aku memang tak syok + tak senang hati kalau korang tacing sebab aku tau. Even bermasam muka + tak bercakap selama beberapa hari pun, aku tetap tak ok sebenarnya. Aku bukan jenis yang suka nak marah tanpa sebab + nak berdendam. Kalau aku tak puas hati memang aku suka cakap direct, kalau aku sakit hati or marah memang aku ambek masa mendiamkan diri, sebab aku tau nanti kalau aku cakap alamatnya...terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya~~

Aku nih memang cepat naek angin tapi bila aku dah ok memang aku tak fikir sangat dah, kira macam aku nih cepat sejuk jugak ah. That's why aku tak suka orang buat emo depan aku, sebab aku tau nanti mesti aku jadi baek hati sangat. Bukan apa, kadang-kadang kita nih bukan tau, apa pasal orang emo dengan kita. Mungkinkah disebabkan cara kita melawak tuh dah buleh buat orang tacing dengan lawak kita..tuh yang aku bimbang sangat...lagi satu aku nih pulak memang jenis yang kalau bercakap tuh pakai maen lepas jer...tak pulak nak fikir pasal perasaan orang. Bila beberapa jam or minit selepas kejadian, baru ler aku nak terfikir adakah apa yang aku cakap tadi menyebabkan ada orang yang tertacing ke.

Well~~aku mintak maaf sangat ler kalau ada benda dari diri aku yang sangat menjengkelkan semua pihak especially orang-orang yang terdekat dengan aku. Aku tau aku nih banyak buat bagi orang menyampah..tapi inilah diri aku yang sebenar..aku sangat ok kalau kawan-kawan aku nak bagitau benda yang dorang tak puas hati dengan aku. Macam tuh aku lagi selesa kot. That's why kalau ada benda yang aku rasa aku dah buat orang tacing, aku cepat-cepat akan pergi mintak maaf tau..MYSELF~~

p/s : terasa macam ada benda yang tak kena jer dalam kelas hari nih..mende ye? yang pastinya bukan sebab ketiadaan Cik Faten + Cik Yuni...muahahaha~~macam ada something yang membuatkan aku tersegan sendiri mungkin...?apekah ini semua...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails