BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, December 23, 2010

AnDa PuLa BaGaiMaNa?

Taun nih last aku nak nikmati sweet 20, erkk..wujud ke sweet 20? ah..tak kesah lar, peduli hapa aku..heehehe...eh, aku peduli kot, masuk 21 taun depan kira dah tua tuh. OMG da tua rupanya...lalalala~~ok sembang pagi nih bukan nak cakap pasal muda ke tua ke, tapi aku nak cakap pasal persepsi. Hah? Persepsi? ke Pepsi? Yerk, aku nak cakap pasal persepsi orang kita nih tentang pelajar-pelajar sekolah agama.

Hah? sekolah agama? apa pasal pulak nak cakap pasal menda alah nih? Haa...ni bukan benda alah yer, tapi pasal sejauh mana kita berfikir dengan cara ilmiah tentang perkara nih. Sepanjang 20 taun hidup, 16 belas (start dari tadika nih beb) taun masuk tempat belajar, apa yang aku dapat buat konklusi nih, pantang jer budak sekolah agama buat silap, ada masalah sosial dan sebagainya. Mula lar ada yang nak bukak mulut cakap pasal keburukan budak sekolah agama ni.

Berpeganglah pada Al-quran dan As-sunnah..patutnya semua pelajar ISLAm kena belajar subjek Pen. Al-Quran dan As-Sunnah dan subjek Pen. Syariah Islamiah tau.

Perlu ke bila dah jadi macam nih terus nak maki-maki, tabur kata-kata nista semua nih? Pada aku lar, dont judge a book by its cover lar. Even budak tuh dok sekolah agama sekali pun tak semestinya dia tak pernah buat silap kan. Dia manusia jugak, manusia yang tak pernah terlepas dari buat sebarang kesilapan. Biasa lar weh, masa usia remaja nih, nafsu tuh melonjak-lonjak nak cuba sesuatu yang baru. Dalam banyak-banyak peringkat usia, masa peringkat remaja lar yang memang gila sikit.

Ada dua sebab yang membuatkan budak-budak nih masuk sekolah agama, yang pertama memang dia sendiri nak masuk sekolah nih, dan sebaliknya bila mak ayah dia yang paksa masuk sekolah agama sedangkan dia tak pernah pun terfikir nak ke sana. Kalau kes yang pertama, insya ALLAH dia selamat, kalau yang kedua nih, susah lar..peratus dia nak jadi baek macam parent dia nak 50-50 lar. Sebabnya..remaja nih, naluri dia nih jenis yang kuat memberontak, so perlu cara yang lembut tuk didik dia.

Bila ada yang memberontak macam nih lar yang akan rosak nama budak sekolah agama nih. bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Haaa..yang macam nih lar yang buleh buat orang sakit kepala. Pada aku, hang dok sekolah mana pun sama ja. Yang berbeza cara pelajar tuh sendiri terima apa yang dipelajari tentang perihal agama. Pendidikan di rumah tuh penting. Dalam Islam tuh dah menggariskan bila si anak berumur 7 taun dah kena ajar cara solat, masuk 10 taun kalau dia tak nak solat buleh pukul tapi tak menyakitkan lar kan.

So, hang dok sekolah mana pun agama tuh jangan lar dok buat lupa. Kalau agama hang tuh ISLAM sila lar ikut apa yang ISLAm dah gariskan. Apa yang agama kita larang tuh, bersebab..tak pernah tak dak sebab setiap apa yang dilarang oleh ALLAH ok. Hang dok sekolah harian biasa ka, sbp ka, sbpa ka, sekolah mrsm ka atau sekolah agama ka yang penting pegang agama betol-betol jangan lar dok buat mudah. Bila semua remaja ISLAM dah terdidik macam nih, aku rasa tak kan timbul masalah sosial yang dah berleluasa macam sekarang nih.

Kalau sejak kecik kita tekankan nilai-nilai ISLAM nih, alhamdulillah, tak dak dah kita nak pening macam lar, dok pikir cara-cara nak selesaikan masalah sosial yang dah berlaku sekarang. So, ibu bapa, sila lar didik anak-anak anda sejak kecik supaya depa dapat ikut garis panduan ISLAM dalam hidup depa tuh. Aku nak petik lar kata-kata DR DANIEL yang selalu ada kat rancangan HALAQAH tuh, kalau orang tuh pandai macam mana pun, tapi tak seiring dengan ilmu agama, maknanya dia tuh bagaikan debu pasir yang kecik tuh. Sebab apa...sebabnya, orang yang cerdik, dan berjaya nih tanpa agama maka rugi lar orang tuh, sia-sia saja hidup di dunia nih.

p/s: didiklah anak-anak tuh ikut zaman mereka dan berpeganglah pada al-quran dan as-sunnah..nih hadis Rasulullah..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails