BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, August 2, 2010

KaRnIvaL WaJa DiRi SILAT CEKAK USTAZ HANAFI 2010

Ok, kita start dengan ayat skema sekejap ea...hihi..

Pada 31 Julai 2010 yang lalu, bertempat di Kolej Universiti Insaniah di Alor Star Kedah, satu karnival wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi telah berlangsung dengan jayanya. Karnival ini telah disertai lebih daripada 50 buah kontigen yang terdiri daripada kontigen sekolah-sekolah dan IPT dan dirasmiklan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II, Yang Berhormat Dato' Saifuddin Bin Abdullah.

Stop jadi skema..ok..kiranya macam bagai sirih pulang ke gagang lar sebab asal usul silat cekak nih dari Kedah. Karnival pulak ikut turn negeri kan..bila sampai turn negeri Kedah jadi tuan rumah, memang semua amat mengalu-alukan ler.

Kami semua bergerak dalam pukul 7 pagi ke Alor Star, padahal bas tunggu awal yer. Janji melayu katakan...hehe..tapi aku datang awal ea..antara yang terawal naek bas..wee haaaa..Kami sampai KUIN dalam pukul 8.45 pagi dan terus masok dewan sebab kejap lagi ada majlis perasmian kan. Huh, kitorang nih, elok masok jer, dah jadi antara kontigen yang lambat..

Hik3..malu pulak aku masa tuh sebab semua kontigen dari IPT dah pakai uniform, just kami dari IPG KSAH jer yang pakai baju tshirt silat (budak sekolah saja yang pakai macam nih). Orang tengok pelik jer..mungkin sebab dorang was-was dan tertanya-tanya sama ada kami nih bebudak sekolah atau IPT kan. Kami beratur di sebelah kontigen UPSI yang masing-masing sudah pakai uniform ok.

Lepas habes majlis perasmian jer, kitorang dah start melepak dan makan-makan. Oleh sebab agak nervous aku tak makan, bukan tak cukup tapi hakikatnya kalau aku nervous konfem terus hilang selera makan. Alhamdulillah, lepas jer buat regangan kami dapat uniform silat. Masa dapat tuh rasa nikmat sangat sebab dah boleh pakai uniform sendiri kan. Tapi, on the way nak pergi tandas tukar baju, terdengar suara halimunan mana entah..

" aik..baru dapat baju? hihi"

Huh..sibuk jer dorang nih, (kontrol ayu neh..malu gila kot) nak buat macam mana dah baru dapat, mentang-mentang lar dia sudah ada uniform kan..Lama jugak lar nak tunggu turn, tapi bila dah dorang panggil tuh, meremang jer bulu roma saya..gementar saya..Eceh, tiba-tiba jer jadi saya...hehee..

Walaupun aku tak mendapat tempat, (kalah lar maknanya) tapi aku berpuas hati jugak sebab markah yang kitorang dapat lagi tinggi dari markah pasukan lelaki. Aku jugak rasa hepi gila hari tuh sebab ........ dan dapat pengalaman yang paling best sepanjang aku masuk silat nih. Siap buleh cuci mata lagi, kalau dok maktab jangan harap lar dapat usha jejaka-jejaka macho macam kat sini..wahahahahaaa...ye lar, budak-budak IPT, memang lar ramai yang smart kan.

Cik Faten dan Cik Piqah dah jumpa member dorang kat sana. Cik Faten nih siap upah aku suruh jadi kamera woman lagi. Adeh..naseb lar aku nih sangat baek hati dan sanggup membantu beliau. Walaupun upahnye memang dia tak kasi sama aku ok..waaa....


Malamnya, kami ada dinner..makan sedap lar kiranya kan. Kitorang singgah kat masjid untuk bersihkan diri dan bersiap, dalam pukul 9 kami sampai ke Dewan Wawasan. Haish..sepanjang dalam bas tuh, macam-macam ler bebudak lelaki nih, tak kering gusi aku sebab dorang pakai samping macam nak pergi akad nikah jer. Yang jadi pak andam Bro Rushdan dan yang laen tengah tunggu ikut turn masing-masing.

Ok, tamat sudah cerita ku ini, nak cerita lebih-lebih tak reti lar..hahaha..=)

p/s: orang cakap, kalau kita suka seseorang tapi kita simpan dalam hati tanpa pengetahuan dia dan orang laen yang kita minat dia nanti kita dapat pahala..ermm..betul ke?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails