BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, June 7, 2010

KaWaN aKu, sAhAbAt Aku KaH?

Bagi aku title kawan belum tentu boleh digelar sahabat tau.

Aku pun tak paham sebenarnya apa pasal aku letak gambar kartun yang agak cumil kat atas tuh.
Owh, baru aku ingat, entry kali nih aku nak cerita pasal erti kawan dan sahabat pada aku.
Aku nih sangat peramah orangnya, ramah aku nih boleh dikawal lagi lar (aku pun tak pasti..), aku juga merupakan seorang yang suka cakap banyak dan banyak cakap. Hah, sebab tuh lar aku ada ramai sangat kawan-kawan sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, tuisyen sejak sekolah rendah sampai lah sekolah menengah, kawan-kawan masa kat program yang aku pernah join, kawan-kawan di PLKN, kawan-kawan kat tempat kerja, kawan-kawan kat matrik, maktab dan pendek kata aku duduk kat mana-mana pun aku tetap jumpa kawan. Tapi untuk aku gelar kawan aku sebagai sahabat, huh bukan senang tau. Sahabat nih erti nya lebih mendalam lagi dari erti kawan. Sahabat merupakan insan yang sanggup berkorban demi kebahagiaan sahabatnya.


Indahnya nilai persahabatan yang sudah lama terjalin kan.

Jadi kali nih aku nak cerita pasal sahabat aku yang sampai sekarang aku masih ingat lagi saat-saat kami bersama menikmati zaman persekolahan di
Sek. Men. Keb. Agama (P) Kangar, Perlis dari FORM 1 sampai lah FORM 5 tahu tak. Bila belajar kat sekolah yang semua perempuan, korang kena paham lar betapa pentingnya ada GENG. Jadi, dalam GENG aku nih ada enam orang semuanya yang terdiri dalam kategori educated, cantik dan popular (nak perasan lar kejap). Hehe, maklumlah setiap orang dalam GENG aku nih, parents masing-masing sangat mementingkan pendidikan terhadap anak-anak dorang tau!
Chewah, kalau aku tipu nih mesti orang percaya punya, hahahahaha. Eh, aku cakap betol nih!! Kami juga menggelarkan GENG kami sebagai GENG TOM-TOM BAK tau. Hah, jangan tanya kenapa sebab aku sendiri pun tak tahu lar.


Gambar nih dah berusia 3 tahun dah kot, aku pun kurang pasti sangat
sebab gambar nih diambil masa kitorang FORM 4

Okey, bila dah ada gambar nih baru bersemangat sikit aku nak cerita tentang kawan-kawan aku nih. Bagi nak memudahkan perjalanan cerita tentang KAMI jadi aku akan perkenalkan mereka satu persatu okey!!

NUR ADILA AHMAD yang diberi nama timangan ADIELA nih sangat kering orangnya, maksud kering aku di sini bukan dari tubuhnya tapi dari segi perwatakan dia. Dia nih boleh buat lawak yang aku sendiri pun tak mampu nak tahan ketawa sedangkan dia boleh buat rileks jer. Dia nih merupakan anak kedua dari lima orang adik beradik. Dia selalu kutuk aku nih gemuk (padahal dia tuh yang kurus kering!). Dia sangat baik dan suka sangat bantu aku dalam pelajaran. Paling tak boleh belah sekali mulut dia nih, fuhh sangat laser lar, kira main cakap lepas jer dan suka jadi mami jarum lar. Ibu si ADIELA nih merupakan seorang pembantu makmal di salah sebuah sekolah di PERLIS dan ayah dia pulak aku tak ingat kerja apa. Sekarang ADIELA belajar di UNIMAP ambek course BOIKIMIA rasanya, hehehe aku pun kurang pasti..

Seterusnya, aku nak kenalkan ANIS ASHIQIN NADZRRI, selalu aku panggil ANIS jer la. Dia nih merupakan best friend aku sejak dari sekolah rendah lagi. Tak sangka pulak hubungan kami sungguh lama berbanding aku dengan yang lain. Oleh sebab aku rapat dengan dia masa sekolah rendah, jadi aku sangat akrab dengan family dia jugak lar. ANIS nih anak sulung daripada lima orang adik beradik. Dia nih sangat lawa bagi aku lar, kalau aku jadi lelaki mesti aku mengorat dia punya lah. Aku ambek masa yang lama jugak untuk eja nama dia, itu pun sebab dia selalu cakap kat aku macam nih, "Hang nih YAM, kawan dengan aku dah lama tapi nama aku pun tak boleh eja dengan betul,". Aishhh, terhina sikit aku di situ, sebab tuh lar aku terpaksa ingat ejaan nama dia. ANIS nih pelik sikit, selalu cakap nak jadi gemuk macam aku, dia cakap jadi kurus tak cantik. Ibu si ANIS nih merupakan seorang tukang masak di RUMAH SERI KENANGAN dan ayahnya merupakan seorang KONTRAKTOR. Sekarang dia bakal mejadi seorang NURSE lepasan ACMS cawangan PENANG.

Sekarang aku nak cerita pasal KECIQ, FATIN AFIQAH JEFRI. Aku panggil dia kecik sebab memang realiti dia sangat kecik dan cumil. Dia merupakan anak sulung jugak daripada empat orang adik beradik. Oleh sebab rumah dia sangat dekat dengan rumah aku, jadi sepanjang masa kalau dia dan aku cuti, sudah pasti kami lepak bersama. Dia nih mulanya memang pendiam tahap kritikal lar, tapi lepas aku kenal dia, fuhh cakap, cakap, dan cakap jer kerja dia. Ibu KECIQ merupakan seorang pensyarah di INSTITUT PERGURUAN PERLIS dan ayahnya merupakan seorang kerani di MAYBANK Kangar. KECIQ nih sangat simple orangnya dan suka sangat make up. Dia sekarang belajar di UMS dan mengambil jurusan GEOLOGI. Hobi dia sama lah macam aku suka tengok cerita KOREA, JEPUN dan TAIWAN.

Aku sangat rapat dengan BESAQ sebab masa kat sekolah menengah dulu kami merupakan pengawas sekolah. FATIN NUR AFIQAH ZULKIFLI merupakan anak kedua dari enam orang adik beradik. Kedua-dua ibubapa BESAQ merupakan seorang guru sekolah menengah. BESAQ
nih sangat perahsia orangnya, bukan senang dia nak cerita masalah dia pada orang. Tapi dalam banyak-banyak, dia mesti akan cari aku untuk dijadikan pendengar setia dan penasihat UTAMA dia dalam segala hal. Dia juga merupakan peminat cerita KOREA dan TAIWAN. Sekarang dia study di UITM PUNCAK ALAM dalam jurusan PEMULIHAN CARA KERJA.

Last but not least, sahabat manja aku, NOR DALILA AHMAD. Nama manja dia DAL dan IELA tapi aku suka panggil dia KIDNEY sebab bentuk muka dia memang macam KIDNEY! Dia merupakan anak kelima dari enam orang adik beradik. Aku dan kawan-kawan yang lain sangt suka melepak dekat rumah dia. Ayah dan mak DAL merupakan ahli patologi di HOSPITAL TUANKU FAUZIAH kat Kangar, Perlis. Dia suka sangat ajak aku dating dekat library awam masa zaman sekolah dulu. Hah, ada sebabnya lar tapi yang penting bukan pergi study! Sekarang dia study di UNIKL cawangan MELAKA ambek kos KEJURUTERAAN KIMIA.

Penatnya aku cerita pasal diorang, apa yang pasti hobi kami yang sama ialah membaca novel dan melepak di library awam. Bila belajar di sekolah perempuan perangai gatal dan suka cerita pasal lelaki, itu sememangnya hobi kami!! =)




8 comments:

Anonymous said...

saya pon ader geng, geng saya nama power rangers,hikss

Anonymous said...

makcik sgt tipu latuh. ta amik fisioterapi pun. hahaha. tp aku amik kos seakan2 tuh tp nama lain. kos pemulihan carakja. adik brdik ngn fisioterapi. neway. yam. thnx. terharu ney. sebak2 da ney. meleleh air mata suma ney. gagagaa * hyperbola. hehe. *syg ang lbeyh2. (: u knew me rght? tayah publish nama pun tape. hehe. aku kan perahsia orgnya. hahaha. (:

Anonymous said...

miss u dear. agagaga (: rindu ta? rindu ta? hahaha. ta rindu kna ang. aku kjar satu taman kang. hehe. sjak bla terjebak ngn blog2 suma ney syg? ta habaq kat cheq pun. mention nama aku tuh, hehe. femes sekejapan. haha. (: am i de frst one dr geng2 kita yg tahu ang da blog ney? kalo ya. aku nak heboh kat dorg. hehe

ibudhira said...

seronok kan kalo kenang zaman2 sekolah..akak dulu pun ada geng gak..nama Gang kitorang 4U2Me..hehehe..
nway Salam berkenalan..

jaeFA said...

hehe
tringat lak kat kawan2 yg lain
rindunya~

pearl apple said...

heidiklumwannabe >> hihi..wah lg advanced dr ktorg ea..5 org jgk ea?

anonymous >> ermm..dal org first tau, haha..dah lma dah la, pas form5, just x aktif sgt,ko lmbt bca, byk gle entry yg aku dah delete

Ibudhira >> betul kak, rindu nye sy kat zaman sekolah..huhu..

jaeFA >> weee...wlpn aku x mention nama ko, tp ko ttp di atie aku..huhu..

Anonymous said...

gedik ah yam,. ta gtau. haha. aku da gtau kecik smlm. dia kata. dia kata. 'bla msa dia jadi ank bpak aku' agagaga. ang slah letak nama ayh dia kot. haha. okeyh. do it nicely. ill b ur silent reader. hahaha. nope. silent actually. haha. nak komen komen tuh aku suka. wahaha

pearl apple said...

anonymous >> wawawawaaaa....weh, aku da ingat nama bapak dia, neway aku da tukaq da nie..weee..

Related Posts with Thumbnails