BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, May 7, 2015

Dunia baru...

Salam dan selamat membaca...

Ini merupakan kali pertama bagi aku mengupdet blog menggunakan telefon pintar dan  juga buat pertama kali bagi tahun 2015 ini. Aku mempunyai kekangan masa yang gila memang first time aku rasa macam aku tak pernah keluar dari gua....memang lar di samping itu kegembiraan yang terpancar selepas aku berkahwin juga membuatkan aku agak sedikit lupa daratan tentang kewujudan belog aku nih....wakakaaaaa.....harap maaf....aku dalam proses kembali untuk menulis....
Alhamdulillah....aku sekarang sudah bergelar isteri kepada Mr. R....alhamdulillah....walaupun majlis perkahwinan dilaksanakan secara sederhana itu bukan alasan untuk tidak merasa bahagia dengan pasangan masing-masing....berapa tahun dah yer aku jadi isteri kepada Mr.R ? Haaaa.....sudah hampir setahun 6 bulan 7 hari....
Baru nak masuk dua tahun....masih muda lagi usia perkahwinan kami...berkat kesabaran dan tolak ansur antara aku dan Mr. R.... aku amat sangat berharap perkahwinan yang didirikan ini dapat kekal sampai syurga....itu je harapan aku..

Friday, April 4, 2014

Welcome To ~~

Selamat pagi dan salam sejahtera...
Lama sudah aku tidak mencoret sebarang kata-kata di sini...hehe~~sekarang aku dah officially dilantik menjadi guru di negeri sendiri...walaupun pada hakikatnya, keinginan untuk menabur bakti di negeri orang adalah lebih diinginkan. Namun apakan daya...mungkin ALLAH tahu apa yang terbaik buat diriku. Maka dengan itu..aku selaku insan yang sentiasa diperhatikan gerak geri diri ini oleh-NYA akan menerima sebarang pemberian dari-NYA dengan hati yang terbuka..

So aku dengan rendah hati, penuh kejelesan dan kegembiraan ingin mengucapkan tahniah buat rakan-rakan aku yang telah berjaya mendapat posting dan terutamanya mendapat posting di SABAH dan SARAWAK..Tahniah kerana telah dihantar ke negeri yang amat memerlukan khidmat bantuan daripada anda. Nanti senang-senang aku p melawat hampa naaaa~~~huhu...

Nothing much to say~~May ALLAH ease everything~~ Ameen~~

Related Posts with Thumbnails