BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label secret admirer. Show all posts
Showing posts with label secret admirer. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

100% = 360 darjah..

Hari nih merupakan hari kokurikulum kat tempat aku study...ianya berlangsung selama dua hari berturut turut...sebenarnya tak dak apa pun..just pameran yang dibuat untuk menilai kitorang yang ambek gerko persatuan bagi semester nih...ibarat apa jer..aku yang baru balik dari mengunjung arwah wan aku, dengan langsung tak membantu rakan sepasukan melakukan persiapan...nasib baik aku dok discuss jugak hari tuh...ada jugak lah idea pasal perancangan untuk pameran hari nih kan...


Borink....istilah sesuai untuk pameran...masa aku dok jaga booth aku...ada lar lec datang...lepas beliau tanya soalan...beliau ajak aku sembang...eceh...sokmo kalo dok dengan beliau..asyek nak suruh aku bergosip jer...abeh dah aku kena cop kaki gosip...sobsobsob...mana tak nya, masa dia datang SKSAC nak observe anak buahnya..kebetulan pagi tuh aku ada kokurikulum Bola Tampar..time team aku rehat, aku dok sembang dengan beliau...sekali beliau suruh aku cerita...dari A sampai Z semua beliau tahu...

Okeh...so berbalik pada cerita tadi.. tiba tiba jer lec keluarkan statement macam nih..

'' aku bukan apa yam..aku suka kat hang..sebab hang happy go lucky..lagi satu bila melawak dengan hang, syok sebab hang tak ambek hati...kalo dengan orang laen susah.. ''

Aku pun sembang lah dengan beliau sampai beliau meluat dah tengok aku...hahaah

Haaaa.....yang tuh baru starting cerita...nih cerita sebenar benar benar nya...okeh..aku pergi check tekanan darah aku..alhamdulillah semua okee...tiada sebarang masalah..keputusan nya begini..

tekanan darah : 89
sistolic : 104
diastolic : 78

Standard...time aku jumpa doktor kat sepital pun macam nih jugak...tapi setelah teruja dapat berbual dengan kekaseh yang tak dianggap kekaseh...both of them..keputusan nya begini..

tekanan darah : 106
sistolic : 107
diastolic : 83

Gila yam...apa dah jadi kat hang nih? Betapa seriusnya aku HANYA SUKA pada kedua dua si POLAN tersebut...dasyat lar penangan dorang pada aku...neway..mekaseh..sekurang kurangnya aku tau aku tetap berdebar bila bertemu mereka...hukhukhuk...

Monday, January 30, 2012

bErFiKiR dAn TeRfIkIr..

Huh..gila lah petang nih..sejuk gila bilik aku..asyek ulang alik pergi tandas jer..=) erkk..sekarang nih mood tengah free, tak dak kerja lagi + tak sibuk dengan tugasan bagai tuh kan. So tergedik-gedik lah aku sorang-sorang. Macam biasa, untuk hilang boring tuh aku mesej, dengar radio, tengok muvi korea dan bla-bla-bla..akhirnya, sampai satu tahap pernah jer aku rasa semua benda yang aku buat untuk hilangkan boring aku nih, membuatkan aku bertambah boring.

Even mesej dengan Mr. R pun aku rasa boring..ermm..kalo aku pun boring, of course dia berjuta-juta kali boring..untuk hilangkan boring, both of us memang tak kan mesej untuk beberapa hari..kalo tak mesej tuh, masing-masing paham lah kan..kalo tak paham memang terok la..=) aku sendiri pun tertanya-tanya apsal lah aku nih cepat + mudah sangat nak rasa boring especially bila mesej dengan someone..serius aku pelik, walhal..masa aku kapel dulu buleh pulak aku jadi setia?

Tapi bila fikir-fikir balik, ada jugak time kapel dulu aku mesej dengan orang lain..+ jadi kaki ngusha jugak..hahah...=) + sekarang nih buleh pulak mata aku nih start balik meliar nak mencari seseorang itu. Gila..serius memang gila..aku pun jadi pelik kenapa secara tiba-tiba penyakit aku datang balik..ke sebenarnya aku dah tak bulih sembuh dari penyakit nih..hahha..entah-entah memang tak dak ubat untuk penyakit ngusha + gedik aku nih..hahaha..NATE betol AKU!!

Haha...apa-apa pun hari nih aku ada benda nak share tentang Mr. R dengan korang..semalam, dalam mood tengah boring aku tetap jugak meng'ada'kan mood untuk mesej dengan Mr. R even aku sedar yang memang semalam, ternyata both of us sangat boring nak ber'mesej'an..hahhah~~dan like seriously dengan slumbernya aku bagitau dia yang aku tengah boring sebab tuh aku mesej dia..hahahah~~jahatnya aku..

Dalam boring-boring tuh, aku dapat buat satu agakan terhadap dia...
  1. semalam baru aku dapat tau yang dia pernah cipta lagu + masuk band sekolah tapi dikecam hebat oleh ustazah dan family dia dan oleh sebab tuh dia stop laaa... = baru aku perasan apsal lar dulu dia selalu p jamming, cerita 3 ke 4 tahun yang lepas..
  2. of course macam lelaki laen yang memang takdak keja hobi depa adalah main game..bila aku tanya tak boring ke maen game..dia cakap, dia memang sangat-sangat minat game dan benda-benda yang berkaitan dengan perkakasan komputer nih.. = dia nak ambek course macam nih kat u tapi dady dia tak kasi sebab nak suruh dia ambek course agama..

So..berdasarkan apa yang aku fikir pasal dia..aku rasa tak mustahil satu hari nanti jodoh dia merupakan pilihan mak ayah dia..hahahah~~ermm..kesian kat dia ke kesian kat aku? hahahah~~okeh..aku pun tak lah meletakkan sebarang harapan untuk menjadikan dia sebagai pilihan hati aku. =) Aku pun tak suka nak bagi harapan kat orang sebabnya aku takut seandainya aku terjumpa orang laen, hati aku pun turut berubah..Maklum lah, bukan kita yang kawal hati kita, tapi ALLAH kan..kita hanya mampu berdoa supaya pilihan hati kita adalah tetap dan tak kan berubah..

p/s : Yeah, tidak aku nafikan bahawa memang aku berharap untuk dapat lelaki = namja yang buleh jadi imam aku nanti dan aku memang berusaha untuk menjadi yang terbaik juga untuk namja aku nanti. =)

Saturday, November 5, 2011

~ JiWa KaCaU ~

Kejap lagi dah nak balik Kangar, so untuk tidak menyemakkan mata dan jiwa aku..aku pun online ler untuk sejam yang terakhir nih..barang semua aku dah packed siap-siap, bukan apa..tak suka ler aku nak packed last minutes, takut nanti ada jer barang yang tertinggal..yes..even aku balik 3 hari pun, amat mustahak bagi aku untuk tidak tertinggal mana-mana barang..penting kot!! Nanti mesti aku jadi macam kucing nak beranak jer, padahal sebab satu barang jer pun..

Wokeh~~sepanjang aku on fesbuk aku, aku ternampak si bunga...semua benda dia nak like..okeh fine..even saya pun suka apa yang awak like tuh, tapi saya tak mau like jugak, saya tak nak awak ingat saya like sebab awak...adess~~gila tak aku? Serius aku gila...tapi alhamdulillah lar, tahap kegilaan aku nih mampu di'kontrol' dengan baik sebab hari tuh masa aku jumpa dia, aku dah mampu untuk meng'kontrol'kan hati aku agar tak meletup kat situ. (walaupun sebenarnya, aku memang jadi gila dah time tuh)

Well~~aku dah start untuk lupakan dia dah sebenarnya..jadi aku harap sangat aku mampu teruskan niat aku ni..tapi malangnya..asal jer aku nak stop dari suka dia..mesti jer dia muncul depan aku..serius memang aku bengang gila..so cuba bagitau aku..macam mana aku nak stop dari lupakan dia?

Monday, October 31, 2011

~ fAr AwAy ~

Hari nih otak terasa berat, jiwa pulak terasa kosong..macam kotak yang tak dak barang dah, yang dah kosong sangat-sangat..macam tuh lah jiwa aku..ermm, lepas tuh asyek dok dengar lagu Hatiku Milikmu..aiseh..tak ke gila aku sekarang..apa pasal lar aku jadi macam nih..mungkin aku perlukan rehat sepenuhnya..yeah..rehat jiwa..rehat minda...betol-betol kena rehat..stop thinking about BUNGAKU itu..sila sedarkan diri anda wahai si gadis jelita..opss~~

Buat anda..wahai si BUNGAKU..yang berseri~~

Tolong lar...saya tak nak fikir dah..saya nak study..nak study..nak study...saya tak nak dah Syok Sendiri..saya nak jadi manusia biasa yang sedar diri..manusia biasa yang tidak kenal anda..yang tak tahu kewujudan diri anda..yang tak pernah terpikat pada anda..yang tak pernah senyap-senyap pandang anda..yang tak pernah mahu untuk mengetahui tentang kehidupan anda..yang tak pernah nak ambek tahu pasal diri anda..

Yeah...saya nak bersendirian..bersendirian dari hiruk pikuk yang melibatkan anda..anda yang sweet~~saya mahu lupakan anda..saya mahu matikan perasaan sayang + suka saya kepada anda..saya tahu perasaan saya pada anda tidak sekuat mana..jadi saya mahu perasaan ini pergi..pergi dari diri saya..saya mahu menjauhkan diri + hati saya daripada anda..saya harap setiap kemunculan anda di hadapan saya tidak mampu untuk menggoyahkan niat saya ini..ANDA...sila jauhkan hati saya dari terus menyukai anda..!!

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan
Diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh cintaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Friday, October 21, 2011

~ SiLa BeRsAbAr DeNgAn SaYa ~


Kadangkala kita merenung sebuah hati yang kosong tanpa isi serta membuat kita tertanya-tanya,
apakah ada peluang kita menyelinap masuk dan tinggal di dalamnya.
Seperti juga kau duduk termenung di luar pintu sebuah rumah,
tangan teragak-agak mahu menekan loceng atau mengetuk pintu rumah tersebut.
Adakah ada ruang yang istimewa untuk kita?
- LZ dari fesbuk Terfaktab

Wah~~dah lama rupanya aku stop menulis soal berkaitan hati nih..maklum lah, aku sendiri pun dah bosan sebenarnya bila bercakap menda yang sama jer kan..heheh~~ (tipu nih) ok..aku admit..aku memang suka cakap menda yang sama banyak kali, tambahan pulak kalau menda tuh berkaitan dengan apa yang aku suka. Contohnya kalau aku sangat-sangat teruja dengan seseorang, teruja dengan hasil tangan seseorang, teruja dengan perwatakan seseorang, teruja dengan keperibadian seseorang dan semuanya berkaitan dengan keterujaan aku pada mereka..yeah!! so what kalau aku suka pada semua menda yang macam nih?

kalau aku~~memang terseksa..tapi demi nak lihat dia bahagia..
biarkan lah dia bahagia dengan orang yang dia suka..

Ok~~fine..aku tau korang yang tak suka nih sebab korang terpaksa dengar or terpaksa baca entry tersebut kan..heheheh~~tak suka ye? ok, aku bagi keizinan kat korang..bagi sesiapa yang terdengar buleh pekakkan telinga (walaupun terpaksa dengar cerita aku jugak-jugak) then bagi sesiapa yang terbaca entry aku pulak..sila lah butakan mata anda yerk..heheheh~~well..selagi hati aku memang tengah penuh dengan keterujaan + kesukaan + kecintaan + keterpesonaan terhadap perkara-perkara tersebut, selagi itulah mulut aku, hati aku akan sentiasa melekat dan akan cakap menda yang sama berulang kali.

Lantak ler kalau korang nak menyampah kat aku sekalipun..ada aku kesah...muahahahah~~ (ok aku gila - aku kesah sebenarnya ok) Entah ler, aku bukan apa..bila aku dah suka pada sesuatu memang aku akan sentiasa bercakap or memuji menda yang sama secara berulang kali...sebabnya~~ ermmm....sebab hati aku dah terlalu suka + terlalu teruja lah dengan sesuatu itu...hehehehe~~so diharap sesiapa yang terpaksa itu sila lah bersabar dengan aku yerk~~

Ok..aku jugak admit yang aku memang cepat jatuh hati pada seseorang..even kau yang hensem + jambu + mata cantek + taste yang aku suka itu merupakan orang korea (pelakon korea), mamat Jambu Malaysia, budak satu tempat study dengan aku or kau orang putih + berkulit putih or berkulit hitam or sawo matang..sila bersyukur sebab aku suka + admirer gila pada korang. Aku sendiri tak paham apa pasal aku sangat cepat untuk jatuh hati + jatuh suka pada korang..mungkin sebab korang hensem? yeah~~memang sebab korang hensem ok!! + sedap mata memandang bagi aku..=) begitu juga dengan beliau yang diminati dalam diam itu~~

Nak kata semalam nih~~ aku jadi gila sekejap kot bila berada di dalam bilik aku sorang-sorang..sambil bukak fesbuk..jadi stalker kejap..then tunggu seseorang muncul...selama beberapa lama aku tunggu..hari nih dia muncul..tapi internet lembab sebab hujan..lepas tuh kelibat beliau terus menghilang dari pandangan mata aku..kecewa tak terkata...terus jadi macam orang kurang siuman..waaaaaaaaaaaaa~~ok..penantian yang sia-sia..aku tak kan tunggu dah..tak kan mengharap dah sesuatu dari dia...

Monday, July 4, 2011

~~MoRaL dOwN~~

Adesss...aku sedih sebenarnya nih, sebabnya aku dah terkantoi dengan sorang member aku. Terkantoi siapakah orang yang aku suka tuh..cepat je dia teka...then aku tanya dia..wajar ke aku suka mr. arrogant aku tuh? Dia diam jer dan cakap yang dia hilang ingatan buat beberapa ketika. Cesss~~~yes...aku mengaku yang aku betol-betol malu nak bagitau yang aku suka mr. arrogant aku tuh. Tapi aku nih bukan jenis yang boleh simpan sorang lama-lama. Aku memang jenis yang suka story kat member-member baek aku pasal apa yang aku suka, apa yang patut aku buat, wajar ke aku ambek tindakan macam tuh and so on..

Cik Faten (member aku) cakap peratus aku nak dapat mr. arrogant sangat tipis sebabnya peluang aku nak kenal dia dengan lebih mendalam tuh sangat lar kurang. Cik Faten cakap aku perlu cipta peluang tuh kalau nak mr. arrogant tuh tau aku suka dan ada hati kat dia. Masa tuh, terus jer hati aku tiba-tiba jadi sebak gila...berair gila mata aku. Aku tak tau apa pasal aku jadi sangat tacing sampai nak nanges bila Cik Faten cakap macam tuh..Cik Faten tanya aku jugak, apa sebab aku suka dia...then aku cakap, aku suka tengok dia, cara dia, gaya dia..and so on...mungkin aku akan lebih rapat dengan dia kalau aku still aktif macam dulu .

Aku tak nafikan memang betol cakap Cik Faten tapi sekarang harapan memang tipis kalau aku nak dapatkan dia. Sebabnya kalau dulu dia selalu jugak kacau-kacau aku, adesss~~suka sangat tengok dia. Dah lar tadi terserempak dengan dia...dapat tengok dia dari belakang pun kira jadi lar. Sekarang nih kalau jumpa dia mesti aku tunduk jer..aishhhh...bencinya!! kenapa lar aku tak buleh jadi berani nak cakap..awak buleh tak kalau hubungan kita nih lebih dari seorang kawan?...aku tak mampu.aku tak kuat dan aku tak berani..why? sebabnya aku takut kena reject..yes..aku takut kalau dia cakap aku bukan taste dia dan dia tak pernah suka aku. Itu yang aku takut.

Walaupun dah nak masuk dua tahun aku suka dia (curang belakang EX) tapi aku belum ada kekuatan nak cakap macam tuh. Sakit weh..serius sakit bila kita suka sorang-sorang dan kadang-kadang kita rasa orang tuh pun selalu usha kita jugak..cessss~~sebaknya hati nih sebab terpaksa pendam jer. Cik Faten cakap..sebenarnya aku just minat jer kat dia, if aku nak tau dia macam mana, perngai dia macam mana...tuh baru aku suka dia..yes...satu ketika dulu, aku selalu nak tau kenapa dia moody je..kenapa dia hepi sangat hari nih.kenapa dia tak cakap sangat..

Adakah aku tak layak untuk dia sebab tuh aku tak mampu luahkan isi hati aku? Adakah aku bukan taste dia sebab tuh dia tak pernah terdetik nak dekati aku? Adakah aku sebenarnya syok sorang-sorang sebab tuh aku suka dia sangat-sangat? Huh...moral down!!


Related Posts with Thumbnails