BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label milik ALLAH. Show all posts
Showing posts with label milik ALLAH. Show all posts

Friday, October 19, 2012

...ApA iTu TiTiAn SiRaT...


Okey..jom hari nih nak kongsi serba sedikit ilmu yang telah di share oleh sahabat aku melalui FB...haaa...tazkirah di hari Jumaat gitu...Zass..layan...

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manu
sia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorang pun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

Fudhal bin Iyadh berkata perjalanan di sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya seperti kilat,seperti ANGIN, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka JATUH ke dalamnya.

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
@ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Di antara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang. Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman. Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Monday, October 15, 2012

ThE wItCh

Hemoih hemoih hemoih...satu jer isu...tapi dah digembar gembur kan sampai menjadi besar...salah faham sering berlaku...sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati dan perasaan...akhirnya tercetuslah satu pergaduhan...then GENERAL BESAR pun ketawa dengan penuh kegembiraan...hurmmm...

Itu kesimpulan dari sebuah cerita sebenar yang telah diceritakan oleh seseorang yang sinonim bagi aku...beliau menyatakan pendapat tentang kepercayaan orang ramai terhadap BOMOH or semua perkara yang merujuk atau ada kaitan dengan bomoh nih.

Beliau pesan kat aku, jangan lar mudah percaya dengan bomoh nih...semua tuh syirik..lepas tuh aku tanya beliau...tak kan lah semua bomoh tuh syirik...kalo yang baca quran tuh pun tak kan dikira syirik jugak kot...then beliau jawab..wallahualam...tapi kalo dah menggunakan khidmat benda tuh sebagai khadam or pembantunya itu kan dah dikira sebagai bersahabat dengan benda tersebut...kita kan dilarang bersahabat dengan benda benda itu..

Kemudian aku terfikir..ermmm...senang nya nak murtad...tersasar sikit jer kepercayaan kita...terus sesat..murtad..nauzubillah...bila sembang punya sembang baru lar aku dapat tau rupanya beliau sangat banyak pengalaman yang berkaitan dengan alam mistik nih..beliau pun dah pernah jumpa dengan macam macam macam macam jenis bomoh...

Kalo aku lah....perghhh...mesti macam dia juga...mudah percaya dan sentiasa teruja...pantang dengar apa apa cerita mesti aku orang pertama yang percaya...hahahaha...konklusinya...berbalik pada ALLAH dan ingat, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya...dan ingat jugak, setiap apa perpecahan, pergaduhan atau perselisihan faham yang berlaku hasil daripada perbuatan sihir menyihir nih, semua tuh bertujuan untuk memporakperandakan UMAT NABI MUHAMMAD..

Monday, October 1, 2012

KeHiLaNgAn SeSuAtU yAnG bErHaRgA

Aku mengantuk sangat petang tuh..hari Ahad, 30 September 2012..belum sempat nak letak kepala atas bantal, tiba tiba dapat satu call dari adik aku...


Adik : Salam, kak yam...balik tak hari nih...

Aku dengar di hujung hujung suara dia ada nada sendu kat situ..aku dah start tak sedap hati...aku dapat rasa macam ada sumtin yang dia nak bagitau..

Aku : Ermmm...awat nih..tiba tiba je tanya, macam nak suruh balik je..awat nih..

Adik : Ermmm...balik la kak yam...wan (datuk) dah tak dak...

Aku : Ya Allah...ok ok..nanti akak balik...bila tak dak?
Adik : Tadi dalam pukul 01.20 macam tuh...
Aku : Ok...mekaseh...



Lepas jer aku letak call terus aku meluru ke bilik Faten...Ya Allah...bila aku dengar adik aku cakap macam tuh, bagitau aku berita yang aku tak expect langsung...aku rasa macam nak pengsan..terus aku  peluk Faten dan nangis sampai air mata aku tak boleh keluar dah...dalam hati aku sebak nya hanya ALLAH jer yang tau..

Aku kehilangan seorang insan yang amat amat aku sayang...yang paling aku sayang kat dunia nih..bagi aku, tak ada lagi lelaki yang aku jumpa sebaik wan aku..aku tak pernah terbayang untuk kehilangan arwah dalam masa yang terdekat nih..aku tak pernah jangka kali terakhir aku jumpa arwah masa hari raya yang lepas. Aku tak pernah expect itu raya yang terakhir aku sambut dengan arwah...


Yang tuh lah yang paling last aku dengan arwah...aku urut arwah, aku bagi arwah minum..tapi masa aku dengan arwah tak lama sangat sebab aku masih belajar lagi kan..asal je arwah makin terok sakitnya mesti adik aku bagitau suruh balik, dan sememangnya aku akan bergegas untuk balik. Kiranya sepanjang aku tengah praktikum kat KULIM, lepas jer raya, setiap minggu mesti aku balik KANGAR. Elok elok seminggu lepas aku tamat praktikum fasa 2...terus dapat berita arwah dah tak dak.

Nak dijadikan cerita, 27 hingga 29 September 2012 hari tuh aku kat Langkawi, ada program maktab..time tuh aku sangat unhappy..lagi pun sebelum aku bergerak ke sana adik aku ada inform yang wan aku dah tak buleh cakap dah...masa tuh aku susah hati tapi aku langsung tak terfikir nak balik jenguk tengok arwah..yang tuh aku paling terkilan sekali...yang aku fikir, biasa lah...arwah memang nazak sangat dah..lemah sangat dah...


Aku ingat lagi, arwah pernah cakap dia teringin sangat nak tengok aku jadi apa bila besar nanti, sebabnya dalam semua adik beradik aku, aku yang paling nakal sangat...hahahha...ayat arwah,



'' Depa makin muda dok membesar kita pulak makin tua..tak tau lar sempat ke tak nak tengok depa nak jadi apa nanti...''


Aku sangat segan dengan arwah...aku rasa malu sangat kalo nak buat benda tak elok kat depan arwah...pernah satu ketika dulu..aku dahaga sangat, aku pun bukak peti ais..ambek gelas tuang air dari botol then terus minum...sekali beliau lalu dan bersuara..

'' Ingatkan makin besar makin cerdik noo.. ''

Aku terus terkedu....salah aku sebab minum berdiri..malu sangat sangat rasanya...tapi dalam hati ada jugak rasa marah tuh...sobsobsob...Dia cukup pantang kalo makan sambil tengok tv..makan bersulam dengan air..solat tak pernah lewat, konfem di awal waktu..kalo aku tido kat rumah wan aku, kalo bangun subuh gajah je...memang aku rasa macam nak pakai topeng je..

Banyak sangat benda yang aku belajar dari arwah...aku rindu gelak tawa dia..rindu sangat...aku rindu gurau senda dia...rindu sangat...aku rindu bacaan quran dia setiap kali selepas solat magrib dan isyak, setiap subuh..aku paling rindu takbir raya dia setiap malam raya...aku rindu semua pasal dia...aku rindu sangat...selama 22 tahun aku hidup dengan arwah...aku rasa sangat kehilangan...rasa sangat kehilangan arwah...jiwa aku kosong...kosong sangat...dia lah yang tegur silap aku dalam solat...dia jugak yang tegur salah aku dalam bacaan quran...dia jugak yang tegur aku suruh berjasa pada mak ayah aku...

Aku sayang arwah...sangat sangat sayang..bagi aku..biarlah aku meninggal dulu daripada aku kehilangan dia..namun..ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik...sampai bila bila pun...arwah tetap dalam hati aku...kehadiran arwah amat bermakna bagi aku...

Related Posts with Thumbnails