BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label mentaliti rosak. Show all posts
Showing posts with label mentaliti rosak. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

..TaHnIaH..

Ok..tadi aku + cik rumet sebok dok menge 'test' baju untuk dipakai esok (esok ada majlis pelancaran majalah maktab) tapi malangnya even sehelai baju pun aku tak buleh nak decide nak pakai yang mana. Aku nih bila try baju purple cik rumet macam baju orang pregnant tuh, nampak macam comel jer..sekali bila aku berdiri depan cermin...cis~~ hampeh...chubby gilo kot aku. That's why aku blur tak tahu nak pakai baju apa, sebabnya aku sangat tak suka bila aku pakai baju yang menampakkan aku tersangat ler chubby.

Then aku try ler memakai selendang dengan jayanya...great...sangat cumel..walaupun muka aku tengah dipenuhi dengan segala macam cik parut bersama member nya bro jerawat. Hurm...nak perasan kejap, comel jugak yerk aku nih sebenarnya...muahahaha~~ok..sambil kitorang sedang mencantek kan diri nih, cik rumet suruh aku tutup radio. Katanya nak pasang karoke...kononnya nak berkaroke ler...alih-alih beliau pasang lagu nasyed CINTAN...aiseh...aku rasa hati dia tengah bergelora sebenarnya...berdebar mungkin? =) apekah cik rumet sedang dilamun cinta? tutt!!

No komen ler pasal cik rumet nih...anyway aku enjoy jer dengar lagu pilihan beliau malam nih...maklum ler..hati aku nih pun kadang-kadang ada pasang dan ada surutnya berkaitan soal cinta nih kan. Ok..sebenarnya nih semua intro untuk post kali nih ok..tujuan asal aku adalah nak bercerita pasal ex aku..maklum ler..sejak dua menjak nih kan aku selalu jer ingat dia. So, nak dijadikan cerita semalam masa aku tengah mamai-mamai bangun dari tido aku capai enset - nak tengok jam pukul berapa dah.

Bila aku tengok jam, eh dah pukul 5 pagi dah..eh..ada dua mesej pulak tuh..(semalam tido awal dalam pukul 10 lebih) then aku bukak ler mesej-mesej tersebut. Satu dari adik aku - yer lar tido awal..dia pulak siapa suruh lambat reply, tak de nya aku nak tunggu dia reply baru aku nak start tido..ngantuk kot aku semalam. Satu lagi mesej dari unknown..eh..nombor yang aku pakai dulu - nombor ex aku ler nih..

Mesej dia macam nih ler.."Salam...awak...x perlu lg la kita benci membenci lg..kita berdamai la...antara kita mmg x ad jodoh..sy pn dh jdi tunang org dh..sy harap konvo awk nt, awk bgtau kt sy..sy sentiasa mendoakan yg awk naik pelamin dlu dr sy..kenduri jgn lupa jmput...insya ALLAH sy dtg.."

Ceit~~tolong ler...aku baca tanpa sebarang perasaan kot...nak cakap aku jeles? tak pulak aku nak jeles..nak cakap aku menyampah...memang berganda-ganda kot menyampah aku dah jadi macam sampah untuk dia..sorry ler sayang..I dah lama tawar hati + tak dak hati kat u..setakat I nak ingat memori manis kita masa tengah bahagia tuh normal ler...tak dak nya aku ingat sampai aku nak jeles bila tengok ang bahagia...Ok, aku gembira bila ang gembira...jangan ler expect aku jeles bila ang dah jadi tunang orang ke, suami orang ke...bapak orang ke...aku tak kesah pun semua tuh..

Paling aku tak kesah bila aku tak contact dah dengan ang...aku sangat-sangat tak kesah dan sangat-sangat bersyukur sebab aku dah tak dak apa-apa dah dengan ang tau..So, tolong ler matured sikit..fikir baik-baik...ada kewajaran ker ang nak kasi tau sama aku yang ang dah bertunang + ada kewajaran = faedah tak, aku nak bagitau kat ang bila aku nak kahwen..bila aku nak graduate? well~~~~tak perlu kot sayang...ye tak?? Ermm...bukan apa..dah tiba masanya untuk u fikir pasal diri u sendiri sebelum u nak ambek tau pasal kehidupan I..so..please~~leave me forever ok..aku pun tak pernah nak fikir macam mana u berhidup tanpa I tau~~

“Cinta ialah iradah Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.” (Hamka)

p/s :terfikir-fikir..ada ker orang yang admirer kita macam kita dok admirer orang selama nih? Kalau ada, adakah dia admirer kita macam kita admirer orang yang kita suka ye??

Sunday, January 30, 2011

MeLaYu is RaCeS..IsLaM is ReLiGiOn LaR..ToLoNg LaR bEzAkAn dEnGaN BiJaK siKiT

Tadi masa tengah dok mencari hiburan terpandang lar aku pada satu blog gosip nih. Tiba-tiba terasa nak singgah kejap. Huh...seronok jugak singgah tapi agak terkejut bila baca komen-komen kat situ. Bukan apa, betapanya rendah mentaliti dan betapanya jugak tidak bijak si pengomen-pengomen di sana. Sebab apa aku cakap depa tak bijak? Sebabnya depa tak pandai nak kawal emosi depa yang tengah meluap-luap tuh kan.

Ok..meh sini aku pulak nak cakap..selaku rakyat malaysia kita kena tau dalam Malaysia nih ada banyak sangat kaum. Kita jugak berjaya membina bangsa MALAYSIA yang terdiri daripada 3 kaum utama kat Malaysia iaitu Cina, India dan Melayu serta beberapa kaum lain yang sememangnya ada di Malaysia.

Sebenarnya yang dok jadi pertelingkahan sampai melibatkan agama nih sebab asal pencetus nya dari ketidakpuasan hati dengan isu perkauman jer pun. Kalau nak di ikutkan dalam ISLAM, ISLAM tak dak langsung tentang isu perkauman sebab semua orang kat dunia yang bergelar ISLAM tak kira lar hang hitam ka, putih ka, sepet ka, bulat ka yang membezakan kita di sisi ALLAH ialah iman seseorang. So hampa tak payah lar buang masa dok ngutuk sesama sendiri.

ISLAM nih tak dak langsung semangat kekitaan or semangat assabiyah. ISLAM tak pernah pandang rendah pada kaum lain malah lagi hormat pada kaum lain yang juga penganut agama lain. Agamaku urusanku, agamamu urusanmu...ni yang Rasullah pernah bersabda, Rasulullah tak ajar kita maki agama lain malah Rasulullah siap suruh hormat lagi kat mayat orang bukan ISLAM.

Biar lar depa nak maki agama kita, janji kita nih kena lar jaga iman kita sendiri. Apa pasal aku cakap macam ni? Sebabnya, ALLAH pernah berfirman, ISLAM tuh akan dilindungi hingga ke hari KIAMAT dan ALLAH juga pernah berfirman KIAMAT itu urusan NYA. Lar ni, tak payah lar nak mempolitik kan ISLAM itu sendiri sebabnya apa yang penting jaga iman sendiri.

Berkenaan dengan Melayu pulak, mai sini aku nak habaq, hampa ingat semua Melayu tuh ISLAM ka? Sebenarnya melayu nih sama ja dengan kaum lain melainkan MELAYU yang memang betul-betul beriman kepada ALLAH. Kalau kita sekadar ISLAM sebab mak bapak kita ISLAM, dan kita tuh tak pernah terfikir nak kaji, dalami dan belajar pasal ISLAM so hang tak layak nak cakap hang tuh MELAYU ISLAM. Kalau kita taknak kaji ISLAM maksudnya kita nih sama jer dengan agama lain yang ikut agama nenek moyang depa.

Lagi satu, hampa tak payah lar dok pelik pasal apa ramai orang MELAYU rosak akhlak. Depa rosak akhlak sebab depa tak terfikir untuk mendekati ISLAM sebab bagi depa, kalau dah dilahirkan ISLAM maka ISLAM lah aku. Itu adalah mentaliti yang salah lar tuh. Sebabnya, ISLAM dan IMAN tidak boleh diwarisi. ISLAM dan IMAN bukan nya harta yang boleh di warisi. ISLAM tuh bukan di khaskan untuk orang MELAYU tapi kebanyakan orang MELAYU itu beragama ISLAM.

p/s: stop lar tuding jari pada orang lain..merugikan diri sendiri saja..

Related Posts with Thumbnails