BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

KeSuKaRaN DaLaM mEmErAh OtAk..=)

Salam semua...sekarang jam dah menunjukkan angka 1.20 pagi..masa nih Cik Rumet dah terbungkang di atas katil...sebaliknya aku masih lagi mengadap laptop yang usianya sudah hampir mencecah 4 tahun...nyamuk plak dok gedik beterbangan lalu menghinggap di kaki ku..cess...lalu menghisap darah manis ku...eceh...ayat novel kot nih..=) okeh..aku bukan penulis novel, tapi just pembaca novel yang tidak lagi tegar seperti dulu..=)

Aku stress sebenarnya sebab esemen EDU 3106 aku tak siap lagi..muahahah~~sudahnya, plan untuk balik pada hujung minggu nih terpaksa di'cancel'kan..walaupun begitu, misi untuk menyiapkan esemen tetap diteruskan dengan penuh keghairahan..nih yang berjaga malam nih..sebab puncanya daripada satu minuman yang bernama KOPI RADIX..=) tapi kesudahannya tak buleh tido + lepas tuh jenuh aku dok perah otak cari idea nak siapkan sub-tajuk pengenalan..

Baru buat pengenalan, tergedik plak jari nih nak bukak blog...adesss~~konfem dah keja aku tergendala di tengah jalan...sebenarnya ni lar kali pertama aku rasa otak aku jammed secara tiba-tiba...like seriously aku dah tak buleh nak curahkan idea yang bernas...dulu buleh lar nak buat keja bodoh + malas iaitu dengan copy + paste..heheh~~tapi semenjak aku hadiri bengkel penulisan ilmiah anjuran Jabatan Matematik, teruih rasa takut dan bersalah untuk buat macam tuh lagi..

Cukup-cukup lah 4 tahun aku bergelumang dengan dosa copy + paste nih...hahahahhaahhaha~~

p/s: baru aku paham..nak keluarkan idea sendiri tuh sangat lah susah = nak buat esemen memang susah...aku jer suka amek mudah...=) jeles tengok Cik Rumet dengan lahapnya tido tanpa sebarang gangguan..=)

Sunday, February 5, 2012

:: aNtArA aMaLaN yAnG dItAkUtI IbLiS LaKnaTuLLaH ::

IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

Amalan yang menyakiti iblis : Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk yang dilaknat Allah itu. “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak SOLAT?” Iblis menjawab PANAS DAN GEMENTAR lantas baginda bertanyakan mengapa.

Iblis menjawab: “Sebab setiap seorang hamba BERSUJUD SEKALI kepada Allah dan Tuhan MENGANGKATNYA SATU DARJAT.” Baginda bertanya lagi: “Jika seorang umatku BERPUASA, jika ia BERHAJI dan jika ia MEMBACA AL-QURAN.” Iblis menjawab: “TUBUHKU TERASA TERIKAT HINGGA IA BERBUKA, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.” Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad BERSEDEKAH, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan MEMBELAH TUBUHNYA DENGAN GERGAJI.

Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab: “Sebab dalam SEDEKAH ADA EMPAT KEUNTUNGAN baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.” Baginda meneruskan soalan:

“Apa yang dapat MEMATAHKAN PINGGANGMU?”

dan iblis menjawab: “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Soal baginda seterusnya: “Apa yang dapat MELELEHKAN TUBUHMU?”

dan dijawab: “Taubat orang yang bertaubat.” Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau MENAUNGI ANAK-ANAKMU DI MUSIM PANAS?” dan iblis menjawab: “Di bawah kuku manusia.”

Related Posts with Thumbnails