BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, August 13, 2011

~~ SaYa SuKa Dia ~~

Yooo~~aku nak kena tido dah nih sebenarnya, sebabnya esok konfem aku lembab jer nak bangun sahur. Tambah plak esok kena bangun awal jugak (walaupun cuti - hari minggu) sebab nak siapkan diskusi berkaitan dengan assignment grup tuh. Adess...terasa malas sangat badan nih nak bangun, nak kena bukak mata celik-celik tengok jam esok..arghh..MALAS.. Dah ler pagi tadi suboh gajah..asal cuti jer konfem nak suboh gajah. Adess~~kelemahan yang sukar dibendung nih!!

Ermm...macam mana lar nak dapat suami soleh kalo nak bangun suboh pun malas kan. Macam mana jugak lar nak dapat suami yang beriman kalo aku sendiri pun lintang pukang jer dalam amalkan hidup beragama kan. Aku tau aku tak sesempurna seperti insan-insan yang sememangnya diingini oleh laki-laki yang warak. Tapi keinginan aku untuk dapat suami yang beriman, yang buleh bimbing aku dan yang sentiasa mempraktikkan nilai-nilai agamanya dalam kehidupan seharian tetap ada tau.

Heheheh~~tuh intro jer..intro ISLAMIK gitu..yeah...=) okay aku just terfikir tadi. Aku rasa aku patut stop from being a stalker to someone tuh. Dah tiba masanya untuk aku betol-betol stop dari minat dia sangat and stop daripada minat dia teruih. Sebabnya aku rasa, mungkin aku sekadar minat dia semata-mata untuk hilangkan rasa sunyi aku. Maklum lar tengah single, konfem lar untuk ubatkan hati, aku perlukan seseorang kan. Lagi satu, selalu nya aku nih jenis yang cepat suka orang, especially yang mata lawa, muka jambu dan yang jenis muka gatal-gatal gitu. Sangat cepat dan sangat banyak guys yang aku ter'SYOK SORANG-SORANG'. Muahahahaaa...

Yeeee~~aku memang suka syok sorang-sorang..so lantak ah orang nak cakap aku perasan ke..bajet cantek ke..(walaupun hakikaknya aku memang cantek kot!)..hahahahahaa~~entah lar, aku rasa aku bahagia jer bagitau kat member kamceng aku yang aku suka orang tuh lar, orang nih lar..=) i'm happy with that even si NAMJA tuh tarak tau aku suka sama dia. Ermmm...kadang-kadang aku terfikir awat lar aku cepat sangat suka kat laki. Sampai bila aku nak jadi macam nih kan...dah lar suka sat-sat ja..bila masa plak nak jumpa Mr. Right kalo hati aku nih macam nih kan.

Alahai~~cik ct oiii...=) dah tiba masa untuk kau bangun dari lena yang panjang tuh dan sedar yang kau tuh bukan budak-budak lagi..dan sedap-sedap nak suka someone sebab tengok beliau menarik dan sedap mata memandang BAGI hang! Bangun lar dari dunia fantasi ang dan sedar lar yang sekarang nih kita tengah ada kat dunia realiti yang penuh dengan teka teki. Haaa~~tepuk dada, tanya hati~~wajarkah ang meminati seseorang yang sememangnya tak pernah ambek tau pasal ang. Ang jer yang terhegeh-hegeh nak kat dia. Dia pun tak pernah pandang ang, ang jer yang excited ngusha dia.

So...sebelum dia sedar aku ada hati kat dia..lebih baik aku undur diri dulu kan~~sebabnya aku bukan tau pun isi hati dia pasal aku..aku pulak asal jumpa asyek nak ambek kesempatan jer nak ngusha dia. Konfem sangat dia boleh perasan kalo dia tak buta. =) ~~ aku kena jugak lari dari semua nih...tundukkan pandangan lepas nih..usaha sunggoh-sunggoh!! AMEEN~~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails