BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, May 31, 2010

HeRo Ku

Korang cam lagi tak? Siapakah gerangan jejaka hensem di atas? Beliau nih JANG GEUN SUK tahu?! Lelaki yang sangat hensem bagi aku. Oleh sebab dia HERO dalam cerita YOU ARE BEAUTIFUL, aku rasa dah spuloh kali aku ulang tengok cerita nih (tipu semata-mata).

Aku terfikir seketika, apa yang aku nak buat sepanjang cuti selama sebulan nih? Aku tension sebenarnya sebab bila aku tak dak duit nak buat apa pun malas tau. Nak keluaq pusing taman perumahan aku sendiri pun aku rasa sesak napas inikan pula nak keluaq kangaq yang kecik tuh. Adoih, apa ke malang lar naseb aku sebab semata-mata tak dak duit jah? Jadi aku pun terfikir balik, apa ke bengong lar aku nih ea? Buleh aku cakap tak tahu nak buat apa sedangkan dalam laptop aku yang berjenama ACER nih penuh dengan cerita yang aku sendiri tak pernah terfikir untuk menonton filem ini?! Inilah SITI MARIAM yang sangat bermasalah sepanjang dia dah besar - masalah NYANYUK + PELUPA. Oleh sebab musabab demikian aku pun membuat keputusan untuk tengok cerita yang ada dalam laptop nih..
  1. Cerita pertama yang aku tengok ialah MEI-CHAN NO SHITSUJI.
  2. Lepas tuh aku membazirkan masa aku dengan tengok cerita MY FAIR LADY.
Oleh sebab aku sangat teruja dengan drama korea, jadi aku cari link best yang ada drama korea terbaru, lepas tuh korang bayangkan lar aku dah bazirkan masa aku dengan masuk YOUTUBE untuk tonton online cerita febret aku tuh. Sikit punya best lar cerita tuh, sampai aku asyek tidur pukul 3 pagi jah. Tapi apakan daya cerita SMILE YOU yang aku minat nak mampos tuh hanya di upload setakat 11 minggu saja. Aku frust macam orang putus cinta kot sebab tak dapat nak tengok episod seterusnya. SMILE YOU nih merupakan sebuah drama korea yang ada 45 episod.

Jadi aku telah buat keputusan untuk mengarahkan adik-adik aku untuk pi cari cd SMILE YOU nih dekat kedai berdekatan. Hahahahahahahahaaaa....seronok tak terkata sebab aku sangat mengharapkan adik aku jumpa cd nih kat kedai!!! Anyway aku nih sebenarnya memang suka tengok cerita korea tapi untuk menggalakkan aku tengok cerita korea or jepun nie sangat menggeliskan sikit. Aku nih akan tengok cerita tuh kalau
  1. HERO dan HEROIN cerita tersebut hensem dan lawa.
  2. SINOPSIS cerita plak mesti terbaek lar, bagi aku lar.
  3. Aku akan terus minat untuk ulang tengok cerita tuh kalau JALAN CERITA + ENDING = TERBAIK DARI LADANG
Jadi sekarang aku nak paparkan jejaka tampan yang berjaya mengganggu gugat jiwa wanita aku dalam setiap cerita korea yang aku baru tengok nih..

Ini merupakan jejaka idaman aku, JUNG KYUNG HO dalam cerita SMILE YOU dan memegang watak sebagai KANG HYUN SOO, saja lar aku letak gambar yang paling huduh agar korang tak tengok dulu cerita nie sebelum aku tengok!!


Mamat macho ni plak merupakan HERO kedua dalam cerita MY FAIR LADY dan memegang watak TAE YOON dalam cerita nih.


Si hensem Nanba-Senpai merupakan HERO dalam MEI-CHAN NO SHITSUJI


0 comments:

Related Posts with Thumbnails