BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, January 5, 2010

sUnGgUh IrOnInYa..

Aku neh rajin jugak baca thread-thread kat I luv islam, selalu aku baca artikel yang berkaitan dengan couple, zina, maksiat, dan sebagainya. Bukan apa, komen-komen dari orang-orang yang menjadi ahli 'I luv islam' sangat memberi kesan pada aku (walaupun sekejap..hehehe). Apa-apa pun, janji aku sangat suka ke laman 'I luv islam' nih.Jadi aku pun nak korang tahu yang aku sangat teruja dan terpikat pada pendapat salah sorang pembaca thread ini. Thread yang menyoal "sudikah terima pasangan yg pernah berbuat dosa?". Aku sangat setuju dengan dia bahawa pembaca-pembaca kat 'I luv islam' sangatlah *****. Tak dapat dinafikan bahawa cakap memang senang dan mudah tetapi bila di soal sebaliknya pulak. Kira macam cakap tak serupa bikin la jugak kan, begitulah adat resam kehidupan, ye tak? Jadi..korang bacalah sendiri pendapat jejaka ini, berkaitan tajuk thread tersebut kat bawah nie..

Kat thread2 lain, punya la kuat bersembang, gegak gempita - "yakin janji Allah", "terima seadanya" dan sebagainya..alih2 bila kat sini ditanya "sudikah terima pasangan yg pernah berbuat dosa" (ayat di-rephrase semula jadi lembut dan general sikit), terus je menolak. ahaha.

Kalau benar dah betul2 percaya kepada janji Allah, dah 100% yakin dengan ayat 24:26 tu, bagi la pasangan yang pernah berzina bertahun2 ke, pasangan mat/minah rempit, penagih2 dadah, etc etc, sepatutnya tetap akan sudi menerima 100%.

Kerana apa sudi terima? Kerana sudah 100% yakin dengan janji Allah bahawasanya lelaki baik untuk perempuan baik and vice-vice versa.

Ayat2 seperti - "aku tak pernah bercouple, maka aku inginkan pasangan yg tidak pernah bercouple", bagi saya seolah2 anda menganggap diri anda lebih baik dari orang lain, dan selamanya akan kekal baik dan anda seolah2 demand pula kepada Allah - "ya Allah, aku tak nak jodoh yang pernah couple, sebab aku pun tak bercouple".

Mungkin tak salah berfikiran sebegitu, tetapi point-nya kita tidak tahu 100% gerak kerja Allah. Kita tidak boleh predict apa yg Allah akan bagi pada kita. Sebab apa? 2:216 - "Wallahuya'lamu, wa antum la ta'lamuun". Maka jika ditakdirkan si penzina itu menjadi jodohmu, adakah anda sudi menerimanya? Atau adakah anda membencinya sebagaimana anda bencikan perbuatan zinanya itu?

Konklusi point saya adalah, usahlah difikirkan sangat dengan siapa aku nak berkahwin. Tak perlulah ada preferable/non-preferable points. Pilihlah yang betul2 ingin mendekati Islam, walau siapa pun dia di suatu masa dahulu. Bak kata Ustaz Hasrizal, tak semestinya cari yang beragama, tetapi carilah yang berkeinginan terhadap agama.

Dan yang terpenting, percaya jelah dengan janji Allah. Kalau anda dah yakin yang anda telah berusaha menjaga diri anda dengan tidak berikhtilat, tidak bercouple, dan sebagainya, maka yakin sahajalah yang Allah akan mengurniakan pasangan terbaik kepada anda. Tidaklah perlu meletak syarat, nak yang tak pernah berkapel, nak yang itu, yg ini etc. Kerana jika ya, maka ucapan "cinta kerana Allah" yang dilaung-laungkan itu tidak lain hanya retorik semata.

Wallahua'lam. Sekadar pandangan peribadi dari seorang pendosa.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails