BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, September 13, 2010

PuDiNg KaRaMeL

Yeahh....aku sebenarnya bukan pro sangat dalam masakan nih, tapi aku sangat suka kumpul resepi. Sejak aku kecik-kecik lagi time darjah-darjah gitu, asal bulan posa ja..mesti ada program masakan kan. Masa tuh lar aku busy lar dok kat depan tv tuh...nak salin resepi. Konon-kononnya nanti mau nak dekat raya ooorrr tengah free buleh ler nak masak kan. Itulah...at last, buku resepi jer yang bertambah macam buku exercise..resepinya satu pun tak menjadi..CES~~

Pernah satu ketika tuh, sanggup sajork aku membeli cornflakes dan apa ntah, semata-mata nak dapatkan resepi yang ada kat dalam dan belakang kotak. Huhu...serius kot sampai sekarang aku masih simpan lagi semua resepi yang aku kumpul. Kalau aku terjumpa buku resepi atau resepi dalam majalah, huh....aku sanggup berhabes duet semata-mata nak fotostat segala mak nenek yang berkaitan dengan masakan. Memang buleh cakap aku tengah gila nak kumpul resepi ler masa tuh.

Thanks yer google..sebab kasi aku cik puding nih..

Hurrrmmmm...puding karamel...puding karamel...puding karamel...hah...kenapa aku suka sangat ea dengan mende alah nih?? Ok..untuk pengetahuan korang, dalam geng tomtombak nih, puding karamel sangat lah popular. Sebabnya, Cik Dalila punya family suka gila kot buat puding karamel. Maklum lar mak dia orang jawa kan, so memang febret ler..kalau kitorang semua pergi rumah dia konfem dapat makan punya!!

Masa tuh aku Form 3 ler, aku punya excited nih dekat puding, sampai suruh Cik Dalila kasi aku resepi. Aku pun balik rumah teros buat dan alhamdulillah berjaya. Itulah kali pertama aku test buat sendiri. Walaupun lembik, habes jugak..cuma nak hilangkan bau telur tuh jer aku tak berapa nak reti lagi kan.. =) Oleh sebab aku dan Cik Dalila dah reti buat jadi Cik Besaq pun gila ler excited nak buat jugak. Tapi memang agak sepoil jugak ler sebab dia buat serius bikin hangit kot..=) gelak 100 kali.


PUDING KARAMEL merupakan makanan yang melambangkan keakraban aku dan geng tomtombak, jadi sebab itulah aku sangat suka akan PUDING KARAMEL. Lepas nih, toksah tanya dah apa pasal aku suka sangat sampai fesbuk aku pun namanya puding karamel ok!!

p/s : sekarang aku dah pandai buat puding, dan salah satu hobi aku ialah merasa dan belajar buat pelbagai jenis puding. Asal jumpa jer aku mesti beli...huh..macam chef beb~~

3 comments:

Qib said...

sedap nyer. nak cikit.. wang44

Anna Boleyn said...

salam singgah~

terliur lak tengok gambar puidng caramel tu. marvellous wallah!. :)


p/s: jom baca kisah raya anna boleyn jom :)

Azuan said...

bukak kedai puding la hohoo

Related Posts with Thumbnails